Sunday, June 28, 2009

RELAX SEJENAK........

IKUT MAMA.....

Suatu hari sepasang suami isteri yang memiliki tiga orang anak bertengkar hebat. Anak pertama berumur 5 tahun, anak kedua 3 tahun dan anak ketiga masih menyusu. Pertengkaran mereka dahsyat sekali sehingga berlakunya pinggan dan mangkuk berterbangan. Habis segala perkakas rumah pecah berderai. Si isteri tidak tahan lagi lalu berkata, "Kita bercerai saja! Yah dah tak tahan dengan sikap abang!".

Si suami tidak mahu mengalah lalu menjawab dengan penuh emosi sambil menghempas gelas ke lantai. " Baik! Kalau itu yang kau mahu kita bercerai. Sekarang kita tanya anak-anak nak ikut siapa".
Si suami berpaling kepada anak-anak dan bertanya, "Ana, kamu pilih Mama atau Papa?". Ana menjawab lembut dan sopan " Ana ikut Mama".
Si suami bertanya lagi, "Ani, kamu pula nak ikut Mama atau Papa?". "Ikut Mama!".
Si suami berpaling kepada anak ketiga tetapi anak ketiga mereka belum boleh bercakap.
Si suami akhirnya memutuskan, "Kalau semuanya ikut Mama, Papa ikut Mama jugaklah...!". Isterinya terus pengsan.