Sunday, June 28, 2009

RELAX SEJENAK........

IKUT MAMA.....

Suatu hari sepasang suami isteri yang memiliki tiga orang anak bertengkar hebat. Anak pertama berumur 5 tahun, anak kedua 3 tahun dan anak ketiga masih menyusu. Pertengkaran mereka dahsyat sekali sehingga berlakunya pinggan dan mangkuk berterbangan. Habis segala perkakas rumah pecah berderai. Si isteri tidak tahan lagi lalu berkata, "Kita bercerai saja! Yah dah tak tahan dengan sikap abang!".

Si suami tidak mahu mengalah lalu menjawab dengan penuh emosi sambil menghempas gelas ke lantai. " Baik! Kalau itu yang kau mahu kita bercerai. Sekarang kita tanya anak-anak nak ikut siapa".
Si suami berpaling kepada anak-anak dan bertanya, "Ana, kamu pilih Mama atau Papa?". Ana menjawab lembut dan sopan " Ana ikut Mama".
Si suami bertanya lagi, "Ani, kamu pula nak ikut Mama atau Papa?". "Ikut Mama!".
Si suami berpaling kepada anak ketiga tetapi anak ketiga mereka belum boleh bercakap.
Si suami akhirnya memutuskan, "Kalau semuanya ikut Mama, Papa ikut Mama jugaklah...!". Isterinya terus pengsan.

Saturday, June 27, 2009

Hari Bicara Ilmu

Hari Bicara Ilmu telah diadakan pada 27 June 2009 bersamaan hari Sabtu. Kedatangan ibu bapa telah disambut dengan mesra oleh warga sekolah SKPP 1. Pengambilan Buku Adab Belajar berjalan dengan lancar. Pada tahun ini, terdapat perbezaan di mana ibu bapa tidak lagi berjumpa guru kelas anak-anak mereka di dewan terbuka tetapi di dalam kelas masing-masing.

Pengambilan buku Adab Belajar di dalam kelas bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa mengenali dan melihat sendiri tempat belajar anak-anak mereka. ini juga supaya ibu bapa tahu di mana kelas anak-anak mereka dan tidak terjadi di mana ibu bapa tidak tahu di kelas mana anak mereka belajar.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru kelas yang memberi 101% komitmen dalam menjayakan Hari Bicara Ilmu ini serta guru-guru beredar yang membantu guru-guru kelas.

Friday, June 26, 2009

WARGA SEKOLAHKU


GURU BESAR : Puan Som binti Bohdin
GPK TADBIR & KURIKULUM : Puan Nor Aida binti Kamarudin
GPK HAL EHWAL MURID : Puan Hajah Azizah binti Ayub
GPK KO-KURIKULUM : Puan Sa'diah binti Haji Ismail


Guru-guru Kelas:-
1 IXORA : Puan Raja Razalia binti Raja Razali
1 JASMINE : Puan Norizan binti Talib
2 IXORA : Puan Nora binti Zainal Abidin
2 JASMINE : Puan Wan Juliana binti Wan Yahya
3 IXORA : Puan Hasliza binti Saad
3 JASMINE : Puan Sabarina binti Abu Bakar
4 IXORA : Puan Nor Syearhar binti Nor Azmi
4 JASMINE : Puan Aznee Suriyati binti Azahar
5 IXORA : Cik Noorhasyimah binti Mat Zin
5 JASMINE : Puan Noor Soraya binti Md Zain
6 IXORA : Puan Noor Selina binti Ahmad Nor
6 JASMINE : Puan Hazlin Izwanny binti Oshman

Guru Beredar:-
Guru Media Perpustakaan : Cik Nor Salina Azni binti Yacob
Guru Emis Data : Encik Mohd Faizal bin Abd Manaf
Guru Pemulihan : Puan Norsiah binti Aziz
Guru Pra-Sekolah : Puan Soh Lih Ru
Setiausaha Peperiksaan : Puan Nurhaniza binti Zainudin
Bahasa Inggeris : Puan mina binti Wasli
Agama Islam : Puan Harlina binti Abdul Jalil
Mathematics : Puan Hajah Zuraidah binti Zain
Kajian Sosial : Encik Rahiman bin Abdul Rahim
j-QAF : Ustaz Ahmad Lutfi bin Mustapha
: Cik Masyitah binti Mohd Salleh
: Puan Zuriyati binti Abdul Ghafar (praktikum)